[VIDEO] Maut Jatuh tingkat enam hospital bersama bayi


Jatuh tingkat enam hospital bersama bayi

SEORANG ibu bersama bayinya ditemui meninggal dunia dipercayai akibat jatuh dari tingkat enam sebuah hospital di Lahad Datu, pagi hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi tadi, remaja berusia 16 tahun itu jatuh dari bangunan berkenaan bersama bayi perempuannya yang berusia lima bulan, bagaimanapun punca kejadian masih belum diketahui.

Ibu bersama bayinya yang maut


Difahamkan, bayi kepada remaja itu menerima rawatan di hospital berkenaan, namun Harian Metro belum menerima maklumat lanjut mengenainya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian dan memaklumkan bayi berkenaan pesakit di hospital terbabit.



“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan pihak kami akan memaklumkan sebarang perkembangan siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Februari 2020 @ 11:45 AM

Sumber: Harian Metro
-Info Semasa

Comments

Popular Posts