[VIDEO] Kartel jelita ditembak mati




Mexico City: Ketua kartel dadah wanita, Maria Guadalupe Lopez Esquivel akhirnya tumpas selepas ditembak mati oleh polis dalam satu serbuan, di sini.

Maria Guadalupe Lopez Esquivel, 21


Daily Mail melaporkan, Lopez Esquivel, 21, mati selepas parah di bahagian lehernya.

Detik akhir sebelum kematian Lopez Esquivel dapat dilihat menerusi satu video yang menunjukkan wanita berkenaan terduduk dan ditenangkan anggota tentera yang memintanya bertenang sementara menanti bantuan tiba.

Lopez Esquivel cedera ditembak


Lopez Esquivel dilihat sesak nafas selain mengalami pendarahan serius di hidung dan lehernya.

“Bawa bertenang, helikopter dalam perjalanan ke sini untuk kamu.

Lopez Esquivel cedera di leher


“Kamu akan selamat, cuba bertahan, okay,” kata seorang anggota tentera dalam rakaman video berkenaan.

Lopez Esquivel parah sebelum disahkan maut


Rakaman video berasingan pula menunjukkan seorang anggota tentera memangkunya sebelum dia dimasukkan dalam helikopter.

Tatu dikatakan milik Lopez Esquivel


Pegawai Michoacan berkata, enam lelaki bersenjata ditangkap dalam serbuan dilakukan dan seorang wanita terbunuh selepas kumpulan terbabit menembak askar dan polis.



Identiti wanita terbunuh dalam kejadian tembak-menembak pada Jumaat, tetapi diketahui umum selepas tersebarnya video dan gambar salah seorang individu yang cedera dengan dengan tatu ‘Catrina’ di pahanya.



Wanita itu dilaporkan mengetuai serangan hendap terhadap polis pada 14 Oktober lalu yang menyebabkan 14 mati dan sembilan lagi cedera di bandar Aguililla, Michoacan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 January 2020 @ 9:58 AM

Sumber: Harian Metro
https://www.hmetro.com.my/global/2020/01/535609/kartel-jelita-ditembak-mati
-Info Semasa

Comments