[VIDEO] Bayi baru dilahirkan di buangan dalam semak, Ibu mengalami pendarahan



INDONESIA 18 Jan - Bayi lelaki masih bertali pusat dijumpai dipercayai dibuang oleh ibunya di dalam semak dekat Jorong Aro Selatan, Nagari Tanjung Haro Sikabu-kabu Padang Panjang, kecamatan Luhak, Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat, awal pagi semalam.

Pihak polis berkata, bayi lelaki tersebut dijumpai oleh seorang penduduk sekitar bernama Kasrizal  yang mahu membuang air di belakang rumahnya sekitar jam 4 pagi waktu tempatan.

Kasrizal berkata, ketika dia mahu membuat air, terdengar suara tangisan bayi  di belakang rumahnya.

Lokasi bayi tersebut ditemui


Dia yang ditemani isterinya pergi mencari suara tangisan tersebut dan terkejut setelah menemui seorang bayi lelaki masih bertali pusat dan ada tompokan darah dalam semak berhampiran.

Kasrizal seterusnya melaporkan penemuan bayi tersebut kepada Ketua Kampung dan mereka membawa bayi tersebut ke Hospital berhampiran untuk di beri rawatan.

Pihak polis berkata, siangnya barulah mereka menerima laporan berhubung penemuan bayi tersebut.

Bertindak atas laporan, pihak polis ke lokasi penemuan bayi bersama pengadu dan mengikut jejak titisan darah sehingga membawa ke sebuah rumah tidak jauh dari situ, katanya.

Dirumah tersebut, kami menemui seorang wanita terbaring dalam keadaan lemah dipercayai ibu kepada bayi tersebut, kata polis.

Suspek dipercayai ibu kepada bayi yang mengalami pendarahan dirumahnya


Suspek yang berusia 25 tahun itu seterusnya dikejarkan ke Hospital untuk menerima rawatan, katanya.

Pihak polis berkata, suspek dipercayai melahirkan bayinya bersendirian beberapa minit sebelum bayi malang tersebut ditemui kerana tidak ada bantuan dari sesiapa termasuk pihak Klinik atau Hospital berdasarkan keterangan daripada saksi awal, katanya.



Suspek kini masih menerima rawatan di Hospital kerana mengalami pendarahan dan pihak polis masih belum dapat mengambil keterangan daripada suspek berhubung motif dia membuang bayinya kerana suspek masih dalam keadaan lemah.

Paling cepat kita boleh ambil keterangan dari suspek dua hari lagi, kata polis.

-Info Semasa

Comments

Popular Posts