Penunggang motosikal terkorban




BELURAN: Seorang pemuda terkorban dalam kemalangan jalan raya apabila motosikal ditunggangnya merempuh lori tangki dalam satu kejadian di Jalan Sapi Nangoh – Paitan, berdekatan Kampung Botition, hari ini.

Mangsa yang maut dalam kemalangan dengan lori pagi tadi


Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, Mohammad Bahrin Nasir, 22 tahun, beralamat di Kampung Keramuak, dekat Tongod, dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa yang maut dalam kemalangan dengan lori pagi tadi


Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati sebelum kejadian pemuda itu sedang dalam perjalanan ke arah Paitan bersendirian.

Keadaan motosikal mangsa selepas kemalangan


Sebaik tiba di selekoh, motosikal dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori tangki.

“Penunggang motosikal itu dilaporkan turut terkena bahagian tangki air di bawah lori terbabit.

Lori yang terlibat kemalangan dengan mangsa


“Akibat kejadian, pemuda berkenaan cedera teruk di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kasim berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke bilik mayat Hospital Beluran untuk tindakan lanjut.

Kad pengenalan manga yang maut dalam nahas babitkan motosikal dan lori pagi tadi


“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber: Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/01/647942/penunggang-motosikal-terkorban

-Info Semasa

Comments

Popular Posts