Pemandu, kelindan lori telur maut



PEMANDU dan kelindan lori yang membawa muatan telur maut dalam kemalangan di Jalan Paradom, Sibu pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pemandu lori terbabit dikenal pasti sebagai Eric Janggat, 48, manakala kelindannya pula, Deri Musa, 44.



Menurutnya, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira 5 pagi ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari arah Sarikei ke Sibu sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

“Impak perlanggaran itu menyebabkan kedua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing.

“Kedua mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Sibu yang tiba di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Menurutnya, mayat kedua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 January 2020 @ 2:08 PM

Sumber: Harian Metro
-

Comments