INDONESIA: Leher tembus ditusuk todak





DOKTOR di Hospital Wahidin Sudirohusodo, Sulawesi berjaya menyelamatkan seorang remaja yang lehernya tertusuk spesies ikan todak, hari ini.

Beberapa keping foto yang tular menunjukkan remaja dikenali Muh Idul itu tertusuk ikan todak dengan luka agak parah.

Leher mangsa yang ditusuk ikan


Portal makassar.terkini.id melaporkan, ikan itu terbang dan tertusuk di leher Idul ketika dia memancing di perairan Siompu Buton Selatan, 18 Januari lalu.

Idul adalah pelajar Sekolah Menengah Persekutuan Negeri 3 Siompu di Kampung Wakinamboro, Buton Selatan.

Leher mangsa yang ditusuk ikan


Sebelum itu, dia dirawat di Hospital Siloam, Bau-Bau kemudian dirujuk ke Wahidin Sudirohusodo di Makassar.

Leher mangsa yang ditusuk ikan


Hari ini, doktor berjaya mengeluarkan muncung ikan yang menusuk leher dan dan mangsa selamat menjalani pembedahan itu.

Muncung ikan yang menusuk leher mangsa selepas berjaya dikeluarkan


“Ya, sudah selamat. Ikannya berjaya dikeluarkan,” kata pasukan sukarelawan Wahdah Islamiyah Buton Selatan, Aljisad kepada portal itu.

Leher mangsa yang ditusuk ikan


Sebelum itu, sukarelawan itu mengumpul dana untuk membantu pembedahan Muh Idul yang kemudian disebarkan ke media sosial.

Beberapa portal di Malaysia juga turut menyebarkan berita itu kononnya berlaku di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 January 2020 @ 7:28 PM

Sumber: Harian Metro
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/536987/leher-tembus-ditusuk-todak

-Info Semasa

Comments

Popular Posts