Berpantang maut sebelum ajal




LELAKI selamat apabila kereta yang diletakkan di lorong kecemasan dirempuh sebuah treler di Kilometer (KM) 249.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, Kuala Kangsar, pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, dalam kejadian 6 pagi, pemandu Honda Civic berusia 32 tahun itu berada di luar kereta untuk meminta bantuan daripada pihak penyelenggaraan PLUS kerana kenderaan itu rosak.

Keadaan kereta mangsa


“Secara tiba-tiba, treler dipandu lelaki berusia 34 tahun merempuh belakang kereta terbabit dipercayai hilang kawalan.

“Impak dari rempuhan menyebabkan kedua-dua kenderaan berpusing hingga mengakibatkan muatan gelungan kertas dari treler jatuh berselerakan di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Lori yang merempuh kereta mangsa


Razali berkata, pemandu treler terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, kelindannya serta pemandu kereta cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan.

Lori yang merempuh kereta mangsa


Katanya, tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.

Terdahulu, insiden itu mengakibatkan muatan treler iaitu gelungan kertas bersaiz besar bertaburan di atas jalan hingga menyebabkan aliran trafik menuju utara ditutup sepenuhnya selama hampir dua jam.

Kawasan kemalangan tersebut


Jurucakap PLUS Malaysia Berhad menerusi laman Twitter rasminya berkata, penutupan kedua-dua lorong menghala utara menyebabkan trafik tersekat sepanjang lapan kilometer sebelum lorong kanan mula dibuka jam 7.59 pagi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 January 2020 @ 3:57 PM

Sumber: Harian Metro
-Info Semasa

Comments