Wanita maut didakwa dibaham harimau



INDONESIA 28 Dis 2019 - Seorang wanita berusia 30 tahun ditemui maut didakwa akibat dibaham harimau dalam satu kejadian di Desa Talang Tinggi, Kecamatan Panang Enim, Kabupaten Muara Enim, Sumatera Selatan malam tadi.

Keadaan mangsa ketika ditemui

Memetik Sumber Sumateranews.co.id berkata, mangsa keluar dari rumah untuk mandi di lokasi tidak jauh dari kediamannya sekitar jam 5 petang namun tidak pulang sehingga ke malam.

Keadaan mangsa ketika ditemui


Bimbang dengan keadaan itu, keluarga mangsa mencari ke lokasi yang dituju oleh mangsa namun tidak menjumpainya.

Anggota badan mangsa

Setelah itu, keluarga mangsa meminta penduduk sekitar mencari mangsa dengan bantuan pasukan keselamatan dan polis di lokasi mangsa didakwa hilang.

Anggota badan mangsa

Setelah beberapa jam usaha mencari digerakkan, mangsa ditemui sekitar jam 1 pagi dalam keadaan sudah meninggal dunia dengan kesan luka parah di beberapa bahagian tubuh selain anggota badan terpisah dengan kesan gigitan.

Lokasi mangsa ditemui

Penduduk sekitar juga mendakwa pernah melihat kelibat harimau di kawasan tersebut baru-baru ini.

Mayat mangsa

Mayat mangsa seterusnya dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat dan urusan pengebumian.

--Info Semasa News

Comments

Popular Posts