Pekerja penghantaran menunggu penerima bungkusan selama sejam di hadapan rumah sebelum pelanggan keluar dengan senyuman


Dengan kepesatan trend perkhidmatan membeli-belah secara atas talian, ia amat memberi kemudahan kepada para pengguna dalam membuat pelbagai pilihan serta mengurangkan masa dan wang ketika membeli-belah di luar. Pengguna hanya perlu berada di atas talian sama ada berada di rumah atau premis, membuat pembelian dan menunggu ketibaan penghantar barangan di hadapan pintu rumah atau premis masing-masing.

Namun begitu, kejayaan perkhidmatan membeli-belah secara atas talian tidak dinafikan menjadi begitu berkembang pesat kerana jasa dan dedikasi yang ditunjukkan oleh para pengendali perniagaan secara atas talian bersama para pekerja penghantaran.

Malangnya, prinsip bekerja mereka yang penuh dedikasi ini telah disalah guna oleh sesetengah pengguna atau pelanggan yang tidak bertanggungjawab seperti yang telah dimuat naik oleh seorang netizen dari Filipina dalam halaman Facebooknya.

Netizen Bea Aspiras memuat naik satu post dan gambar menunjukkan seorang pekerja penghantaran bungkusan secara atas talian begitu berdedikasi dalam pekerjaannya sehingga sanggup menunggu selama satu jam di bawah panas terik matahari di hadapan rumah seorang pelanggan demi memastikan bungkusan itu dapat dihantar.

Menurut Bea, “Lelaki ini menunggu di luar rumah itu selama hampir satu jam supaya pelanggan tersebut menerima bungkusannya dengan selamat. Sejam kemudian, seorang pelanggan wanita telah keluar dari rumahnya dan memberinya sapaan dengan senyuman kepada lelaki ini, seperti tiada apa-apa yang berlaku dan tidak menunjukkan perasaan bersalah membiarkan penghantar bungkusan itu membuang masa dengan menunggu wanita ini terlalu lama.”



Bea berkongsi perasaan dengan pekerja penghantaran bungkusan ini dan bersimpati dengan nasibnya. Kerjanya itu memerlukan ketahanan dan jiwa yang kental serta penuh kesabaran dalam melayan kerenah pelanggan yang pelbagai. Kerja menunggu yang sebegini sudah pasti amat memenatkan.

Kata Bea lagi, “Nampaknya dia telah berusaha bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya walaupun daripada penampilannya itu, dia nampak sedikit berusia.”

Dalam post tersebut, Bea turut menulis dan memberi penjelasan bagaimana para pekerja penghantaran barangan atas talian cuma melakukan pekerjaan dengan bersikap amanah, dan mereka akan menunggu demi memastikan para pelanggan menerima barangan yang telah dibeli dalam keadaan baik dan selamat.

Nasihat Bea Aspiras, “Mereka tidak patut menerima layanan buruk seperti dibiarkan menunggu sehingga letih atau dikata dengan perkataan kesat, jika kita tidak memahami apa yang telah dilalui oleh mereka demi memastikan barangan yang telah kita beli itu akan dapat dihantar dalam keadaan baik dan selamat.”

Jadi, tabik kepada para pekerja penghantaran barangan atas talian yang telah memudahkan kehidupan kita semua serta hargailah jasa dan dedikasi terbaik yang sentiasa ditunjukkan oleh mereka.

Sumber : Bea Aspiras/Facebook , World of Buzz
Posted by era baru

Comments

Popular Posts