[Video] 21 angka korban baru serangan bom kereta Colombia
BOGOTA 18 Jan - Angka terkini korban serangan bom kereta di akademi latihan kadet polis di sini cecah 21 orang dengan 68 lagi cedera, kata polis Colombia semalam.
“Malangnya, angka terkini korban letupan bom kereta adalah 21 orang termasuk suspek yang bertanggungjawab ke atas serangan itu, manakala 68 yang lain cedera,” kata polis dalam satu kenyataan.
Menurut polis, 58 daripada mereka yang cedera sudah dibenarkan keluar dari hospital.
Laporan terdahulu kementerian pertahanan menyebut 11 orang mati dan 65 yang lain cedera. - AFP
-Sharel 86-
-Info Semasa-
Comments
Post a Comment