Ngeri..!! Kepala putus kemalangan motorsikal


INDONESIA 06 Jan -  Kemalangan maut melibatkan sebuah motorsikal merempuh belakang kenderaan lain di Jalan Raya Cikopo, Kecamatan Bungursari, Kabupaten Purwakarta, Jawa Barat sekitar jam 5 pagi tadi.



Difahamkan, motorsikal jenis Honda Vario yang dinaiki tiga orang itu dalam perjalanan dari Sadang ke Cikopo hilang kawalan lalu merempuh belakang kenderaan lain di lokasi kejadian.



Akibat rempuhan itu, dua disahkan maut ditempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah.


Salah seorang mangsa maut dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya putus dan terpelanting kedalam longkang di lokasi kemalangan.




Kesemua mayat dan mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Bayuasih untuk urusan selanjutnya.



-Sharel 86-
-Info Semasa-

Comments