Lelaki gelandangan mati gantung diri
INDONESIA 09 Jan - Seorang lelaki dijumpai mati tergantung di bawah jambatan berhampiran Masjid Istiqlal, Sawah Besar, Jakarta Pusat kelmarin.
Mayat lelaki berusia 20 tahun itu dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut dan menghubungi pihak polis.
Menurut sumber, mangsa merupakan seorang gelandangan.
Hasil siasatan ditempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.
Mayat dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
--Sharel 86-
-Info Semasa-





Comments
Post a Comment