Si penjual ikan seksi kini selebriti popular


CHANGHUA - TAIWAN. Siapa sangka, seorang wanita cantik, berpakaian seksi menjual ikan di pasar basah di Taiwan kini telah menjadi selebriti popular.

Mendapat jolokan penjual ikan tercantik di Taiwan, Liu Pengpeng, 26, berkata, dia sekadar membantu ibunya ketika ada masa terluang di gerai makanan laut milik keluarga di daerah Changhua.

Sebelum ini, tular video dan gambarnya di media sosial menunjukkan Liu memakai apron dan sibuk menyiang ikan serta melayan pelanggan.


Gara-gara berpakaian ala model dan seksi ketika menjual ikan, Liu mencuri perhatian pelanggan serta netizen.

Kini gerai ibunya semakin popular dan pada satu masa menerima 30 pelanggan termasuk krew televisyen.

"Kedai ini diusahakan oleh keluarga sejak empat generasi dan sehingga kini perniagaan mendapat sambutan amat menggalakkan," katanya menolak dakwaan gaya penampilan ala model adalah untuk meraih publisiti.

Sebaliknya dia telah membantu ibunya sejak berusia 13 tahun dan cekap menguruskan gerai tersebut.

Lui juga berbesar hati sekiranya para pelanggan datang ke gerainya untuk membeli makanan laut bukan mengganggu dengan merakam gambarnya.


Comments

Popular Posts