Lelaki maut terjatuh bangunan
KUALA SELANGOR: Lelaki maut selepas terjatuh di laluan lobi utama Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Kuala Selangor, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa, Gan Han Boon, 40 dikatakan sedang membaik pulih pendingin hawa di tingkat enam bangunan berkenaan sebelum terjatuh.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Md Asri A Wahab, berkata sepasukan anggota dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan daripada orang awam.
“Setiba di lokasi, anggota mendapati mangsa dalam keadaan tertiarap dan sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi NSTP.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjung Karang (HTK) untuk bedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan jatuh dari tempat tinggi dan siasatan lanjut kes ini masih diteruskan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Comments
Post a Comment