Hujan Meteor Geminids Kembali lagi !




Mari kita saksikan hujan meteor .

..

Sedar atau tidak  , kini kita berada dipenghujung tahun 2018 .

sebelum tahun 2018 melabuhkan tirainya , terdapat beberapa fenomena astronomi yang dapat kita saksikan pada bulan Disember ini .

antara fenomena tersebut adalah musim hujan meteor Geminids .
..

Pada setiap tahun iaitu sekitar 04 Disember sehingga 17 Disember  , bumi akan melalui kawasan yang padat dengan sisa debu yang ditinggalkan oleh sebuah asteroid yang dikenali sebagai asteroid 3200 Phaethon semasa mengorbit matahari .

Sisa - sisa debu asteroid tersebut akan memasuki atmosfera bumi dengan kadar kelajuan yang tinggi lalu terbakar dan menghasilkan jalur cahaya yang digelar sebagai hujan meteor Geminids .
..

Digelar sebagai hujan meteor Geminids kerana titik kemunculan meteor tersebut kelihatan berada berhampiran buruj Gemini .
..

apakah prospek kenampakkan meteor Geminids pada tahun ini ?

Mengikut data yang dikeluarkan International Meteor Organization
( IMO ) ,
Jangkaan hujan meteor Geminids tahun ini boleh mencapai kadar sehingga 120 meteor per jam .
ketika waktu puncaknya iaitu pada :

14 DISEMBER 2018
( jam 0830 PM , Waktu Malaysia  )
..

apa yang kita perlu fahami disini adalah ,

Kadar kenampakan 120 meteor per jam itu untuk keadaan yang betul-betul sempurna seperti :
✔ Titik kemunculan meteor berada tepat atas kepala ketika waktu puncaknya .
✔Tiada awan .
✔Tiada sebarang gangguan cahaya
✔Cuaca tidak hujan dan beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi kadar kenampakan meteor .
..

bagi kita di Malaysia , untuk memperoleh keadaan yang sempurna itu adalah mustahil kerana :

1) titik kemunculan meteor Geminids iaitu buruj Gemini tidak berada tepat di atas kepala kita iaitu bersudut 90 darjah . kedudukan buruj Gemini ketika berada pada ketinggian maksimumnya di langit Malaysia adalah sekitar 60 darjah .

2) ketika kemuncak hujan meteor Geminids berlaku iaitu pada 14 Disember 2018 , jam 0830 PM ,
kedudukan buruj Gemini yang menjadi titik kemunculan meteor Geminids masih lagi berada di bawah ufuk .

buruj Gemini akan terbit sekitar jam 1000 PM dari arah timur di langit Malaysia dan akan berada pada ketinggian maksimumnya sekitar jam 0300 AM di bahagian langit arah utara .

jadi , waktu paling hampir dengan kemuncak hujan meteor Geminids bagi kita di Malaysia adalah menjelang tengah malam pada 15 Disember 2018 sehingga ke subuh dan ia merupakan antara waktu terbaik untuk adakan aktiviti cerapan meteor .

3) Kita sedia maklum bahawa bulan Disember setiap tahun merupakan fasa monsun timur laut .

ketika fasa monsun timur laut , rantau negara kita akan mengalami keadaan cuaca yang lebih lembab iaitu hujan kerap berlaku dan keadaan langit yang lebih berawan .

keadaan ini merupakan satu cabaran paling utama bagi yang ingin mencerap hujan meteor Geminids  ..
..

Disebabkan faktor - faktor yang dinyatakan di atas , jangkaan kadar kenampakan meteor Geminids dalam tempoh masa satu jam di Malaysia akan berkurang secara ketara .

* anggaran kenampakan sekitar 50 ke 60 meteor per jam di Malaysia
..

ADAKAH CAHAYA BULAN AKAN MENGANGGU ?

Berita baik untuk semua , ketika kemuncak hujan meteor Geminids berlaku , bulan akan memasuki fasa separa awal .

jadi , cahayanya tidak akan  menganggu aktiviti cerapan meteor .

WAKTU TERBAIK UNTUK AKTIVITI CERAPAN :

Walaupun kemuncak hujan meteor Geminids berlaku pada 14 Disember , jam 0830 PM ,

kita tidak perlu terlaku fokus pada waktu tersebut atau waktu yang paling hampir dengan kemuncak hujan meteor Geminids kerana waktu paling terbaik untuk memulakan cerapan adalah bermula pada 11 Disember sehingga 15 Disember .

cerapan boleh dilakukan menjelang tengah malam sehingga ke subuh pada setiap tarikh tersebut .

selepas dari tarikh yang dinyatakan , kadar kenampakan meteor akan berkurang secara drastik sehingga la ia berakhir sepenuhnya pada 17 Disember .
..
..

ARAH UNTUK MENCERAP :

Arah ketika memulakan cerapan  adalah sekitar arah TIMUR  iaitu arah dimana buruj Gemini mula terbit .

Hujan meteor Geminids akan semakin mudah kelihatan apabila muncul dipelbagai arah menjelang waktu subuh apabila titik kemunculan meteor sudah berada tinggi di langit ..

..

Panduan untuk mencerap hujan meteor :

★ berada di kawasan yang tiada halangan seperti pokok - pokok dan bangunan yang boleh menganggu pandangan kita ke arah langit .
★ berada di kawasan bebas pencemaran cahaya untuk hasil yang lebih baik ..
contoh : tepian pantai , perkampungan
★ TIDAK memerlukan binokular atau teleskop , cukup menggunakan MATA KASAR .
★ fokuskan pandangan ke langit .
Mata memerlukan sekurang-kurangnya 20 minit sehingga 30 minit untuk menyesuaikan dengan keadaan langit yang gelap .
★ sediakan ubat nyamuk atau sebagainya untuk keselesaan .

..

Untuk memudahkan pencarian lokasi titik kemunculan meteor , digalakan untuk menggunakan aplikasi seperti Stellarium , Star Map dan lain lain .

Sekian   ..

Wallahu A'lam . .

" Majulah Falak Untuk Ummah "

Kredit gambar :
Antoni Cladera / Photopills.com

* kemuncak hujan meteor geminids pada tahun 2015
..

sumber rujukkan :-
-International Meteor Organization
(www.imo.net)
-Falak Online
(falakonline.net)
-Stellarium
-Mobile Observatory

Sumber: Fb Muhammad Syafiq

Comments

Popular Posts