Bila tersebar gambar - gambar pemandangan yang dipenuhi tumbuhan hijau di Arab Saudi , terus dikaitkan dengan tanda - tanda kiamat?


SEBUT sahaja nama Arab Saudi , mesti terlintas di fikiran kebanyakkan orang bahawa negara tersebut merupakan negara yang sentiasa panas serta keadaan muka buminya berpandang pasir yang luas tanpa tumbuh - tumbuhan yang menghijau .

Bila tersebar gambar - gambar pemandangan yang dipenuhi tumbuhan hijau di Arab Saudi ,
terus dikaitkan dengan tanda - tanda kiamat .

Sabar . .
tunggu dahulu .
jangan terburu - buru mengaitkan itu ini .
.

Benar Arab Saudi itu panas dan muka buminya berpadang pasir .

tetapi , tidak keseluruhan kawasan di negara tersebut berkeadaan sedemikian .
..

Arab Saudi merupakan negara Subtropika .

jadi , disana juga selain mengalami musim panas , ia turut mengalami musim sejuk .

ketika musim panas , terdapat kawasan yang mencapai suhu melebihi 50 darjah celcius , manakala ketika musim sejuk , suhu boleh jatuh sehingga bawah 0 darjah Celcius sehingga turunnya Salji di beberapa kawasan .
..

purata taburan hujan tahunan di kebanyakkan kawasan pula adalah rendah dan sederhana kecuali di sebahagian kecil kawasan barat dan utara serta tenggara Arab Saudi yang menerima taburan hujan yang tinggi
..

taburan hujan tahunan yang tinggi dan sederhana inilah yang mendorong tumbuhan menghijau di di sebahagian kawasan
...

Antara kawasan yang memiliki muka bumi yang menghijau adalah di tenggara Arab Saudi iaitu wilayah Asir yang  terkenal dengan kawasan yang dikenali sebagai Wadi al-Bardani .

Wadi al-Bardani merupakan antara kawasan paling subur dan terkenal dengan keindahan muka buminya .

ia terletak di Bareq, utara Mahayil, Wilayah Asir .

* lihat gambar .

Wilayah Asir merupakan wilayah yang menerima taburan hujan yang tinggi setiap tahun akibat pengaruh musim monsun .
..
..

Jelas di sini menunjukkan bahawa Arab Saudi itu bukan suatu kawasan panas serta muka buminya berpadang pasir sahaja .

sebahagian kawasan menerima taburan hujan yang sederhana dan tinggi sehingga tumbuhan  mampu hidup subur   .

terdapat musim sejuk sehingga suhu jatuh  bawah 0 darjah Celcius ,

dan salji juga boleh turun di Arab Saudi .

Comments

Popular Posts