Wanita warga emas ditemui lemas akibat tekanan perasaan
KUALA LANGAT - Seorang wanita warga emas dipercayai mengalami tekanan jiwa ditemui mati selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Langat berhampiran Jambatan Telok Datok, Banting di sini petang semalam.
Mayat, Ang Siew, 74, ditemui dalam keadaan tertiarap pukul 1.10 petang di tengah Sungai Langat selepas air surut.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, sebelum kejadian cucu mangsa berusia 17 tahun menyatakan neneknya itu telah keluar dari rumah pukul lima pagi untuk berjoging.
Katanya, bagaimanapun, mangsa didapati tidak pulang ke rumah secara kebiasaannya pukul 8.30 pagi selepas melakukan aktiviti riadah tersebut.
"Cucu mangsa yang bimbang keadaan itu kemudiannya bertindak mencari neneknya dan menemui basikal kepunyaan mangsa berhampiran Sungai Langat.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang mengalami tekanan jiwa itu terjun ke dalam sungai susulan cucu wanita itu memberitahu neneknya pernah cuba membunuh diri minggu lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jelas beliau, hasil bedah siasat mayat mangsa di Hospital Banting mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa serta didapati mati akibat lemas.
Kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sumber: Kosmo Online
Comments
Post a Comment