30 individu berkumpulan bantah pemindahan kuil


30 individu berkumpul bantah pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman








SUBANG JAYA - Kira-kira 30 penganut agama Hindu berkumpul dan memegang sepanduk bagi menunjukkan bantahan terhadap pemindahan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di sini hari ini.

Difahamkan, kumpulan dari lapan kuil di sekitar Lembah Klang terbabit membawa sepanduk pada pukul 12.15 tengah hari bagi membantah keputusan pemindahan kuil tersebut.

Wakil Pertubuhan Malaysia Tamilar Munetra Kalagem, Eshrari Subramaniam berkata, dia mewakili lapan pengurusan kuil itu mahu tapak kuil Sri Maha Mariamman dikekalkan.

“Kami membantah pemindahan kuil ini kerana ia sudah wujud sejak 147 tahun lalu, tapak kuil ini perlu di kekalkan.

“Tujuan kehadiran kami pada hari ini bagi membantah dan memohon kerajaan mengekalkan tapak ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sumber: Kosmo Online

Comments

Popular Posts